Eco-Schools Virtual Run Perak Chapter

RM2.00

TENTANG ESVR2022

‘Eco-Schools Virtual Run’ yang dianjurkan oleh RunForNature memberikan anda pengalaman larian maya yang unik dalam mencapai aspirasi alam sekitar dunia. Kami bersemangat untuk mencapai matlamat sifar karbon, penjimatan tenaga, penjimatan air, ekonomi kitaran, bercucuk tanaman sendiri dan banyak lagi amalan untuk memulihara alam sekitar. Larian kami dianjurkan adalah bertujuan untuk anda mengamalkan ‘gaya hidup hijau’ yang aktif dengan cara yang menyeronokkan dan menghiburkan yang boleh anda lakukan di mana-mana sahaja.

1. MEMPERKENALKAN ‘GAYA HIDUP HIJAU’ & SIHAT KEPADA RAKYAT MALAYSIA.

Menggalakkan semua peringkat umur untuk mengambil bahagian dalam cabaran yang menyeronokkan antara ahli keluarga, rakan-rakan, teman sekerja dan saudara mara yang telah terpisah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dengan adanya ‘Eco-Schools Virtual Run’ ini, ia membolehkan sesiapa sahaja untuk mengeratkan hubungan secara maya bersama-sama dalam cabaran yang sihat.

2. MENETAPKAN AZAM TAHUN 2022

Menyuntik semangat untuk membuat azam tahun baru dan mula kekal aktif dalam menikmati kehidupan yang lebih baik sepanjang tahun 2022.
Menjaga kesihatan fizikal, mental dan kerohanian menjadi utama pada masa kini untuk anda selamat dan sejahtera di samping keluarga.

3. LARI UNTUK TUJUAN YANG BAIK

Setiap penyertaan akan membantu Green Growth Asia Foundation untuk memperkenalkan Program Eco-Schools kepada semua ahli keluarga dan
rakan-rakan. Dan sedikit sebanyak dapat membantu program Eco-Schools ini dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia. Program Eco-Schools Malaysia ialah program yang memberi pendedahan terhadap Kemahiran Hijau seperti cara-cara menjimat air, mengguna elektrik secara berhemah, bercucuk tanam tanaman secara hidroponik, kesedaran tetang perlunya pengurangan penggunaan plastik dan pelbagai lagi.

Jom sertai kami sekarang dan cabar diri anda!

LANGKAH 1 :

Buat pendaftaran bagi kategori pilihan anda di
https://runfornature.global/esvr/perak

Langkah 2 :

Mulakan larian / berjalan kaki anda
(rekod larian anda atau larian berkumpul anda menggunakan
aplikasi larian yang sesuai)

LANGKAH 3 :

Muat naik rekod larian anda di
www.runfornature.global/upload-run-result/

JOM DAFTAR SEKARANG.
PELBAGAI HADIAH MENARIK MENANTI ANDA.

ANUGERAH KHAS UNTUK SEKOLAH NEGERI PERAK:

1. Tiga sekolah rendah yang mempunyai bilangan peserta yang
tertinggi
• Tempat pertama : RM500 + Trofi + Sijil
• Tempat kedua : RM300 + Trofi + Sijil
• Tempat ketiga : RM100 + Trofi + Sijil

2. Tiga sekolah rendah yang mempunyai peratusan penyertaan
yang tertinggi
• Tempat pertama : RM500 + Trofi + Sijil
• Tempat kedua : RM300 + Trofi + Sijil
• Tempat ketiga : RM100 + Trofi + Sijil

3. Tiga sekolah menengah yang mempunyai peratusan penyertaan
yang tertinggi
• Tempat pertama : RM500 + Trofi + Sijil
• Tempat kedua : RM300 + Trofi + Sijil
• Tempat ketiga : RM100 + Trofi + Sijil

4. Tiga sekolah menengah yang mempunyai peratusan penyertaan
yang tertinggi
• Tempat pertama : RM500 + Trofi + Sijil
• Tempat kedua : RM300 + Trofi + Sijil
• Tempat ketiga : RM100 + Trofi + Sijil

5. Tiga Pejabatan Pendidikan Daerah yang mempunyai penyertaan
keseluruhan yang tertinggi
• Tempat pertama : RM500 + Trofi + Sijil
• Tempat kedua : RM300 + Trofi + Sijil
• Tempat ketiga : RM100 + Trofi + Sijil

PENYERTAAN BAGI CAButan bertuah :

Pendaftaran Larian : 1 Penyertaan
Pembelian Pelitup Muka : 3 Penyertaan
Pembelian Medal : 5 Penyertaan
Pembelian Jersey : 10 Penyertaan

TEMPOH PENDAFTARAN :

1 Disember 2021 – 31 Mei 2022

TEMPOH LARIAN :

1 Januari 2022 – 31 Mei 2022

yuran pendaftaran :

RM2.00

PILIH JARAK LARIAN ANDA:

This event has expired
Category:
X
0
YOUR CART
  • No products in the cart.